Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika pihak kerajaan Malaysia memperhebatkan gelombang anti Syiah di Malaysia, Setiausaha Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS), Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengeluarkan kenyataan bahawa partinya mengiktiraf Syiah sebagai salah satu mazhab dalam Islam.Menurut beliau lagi, meskipun begitu dasar parti tersebut tidak mengizinkan ahli-ahlinya menganut mazhab Syiah.Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fikah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melibatkan diri dalam politik.Khairuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan keras sesetengah pihak yang terus memusuhi Syiah seolah-olah mereka sudah terkeluar daripada Islam.Sambil memberikan contoh perbalahan Sunni Syiah di Syria yang sengaja dipicu oleh pihak musuh khasnya Amerika beliau berkata, “Namun PAS tidak membenarkan pihak luar melaga-lagakan antara Ahli Sunnah dengan Syiah.”Katanya, pertembungan di Syria adalah pertembungan antara orang yang zalim dan dizalimi iaitu antara kerajaan Bashar Al-Assad dengan rakyatnya.Syria dikuasai oleh kerajaan Bashar yang kebetulan penganut Syiah Alawiyah yang tidak diiktiraf oleh kumpulan Syiah sendiri.AS dan Israel, katanya, mengambil kesempatan daripada pertembungan ini untuk menyemarakkan api pertelingkahan sehingga menimbulkan konflik antara Sunnah dan Syiah di Syria.
8 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 470789
Meskipun dasar Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak mengizinkan ahli-ahlinya menganut mazhab Syiah, PAS masih menerima Syiah sebagai mazhab dalam Islam dan tidak membenarkan pihak asing memicu konflik sektarianisme Syiah - Sunni.